Kontraktor elektrik HV/LV untuk shutdown, switchgear, transformer, genset dan sistem pembumian — dari kerja tapak sampai dokumentasi pematuhan penuh.
Setiap "breaker" di bawah mewakili satu bidang kerja yang kami kendalikan sepenuhnya, dari site sampai laporan.
Instalasi, wiring, dan penyelenggaraan sistem elektrik voltan tinggi & rendah untuk kilang dan komersial.
Perancangan dan pelaksanaan shutdown terjadual, servis switchgear dan panel utama.
Pemeriksaan, penyelenggaraan dan troubleshooting transformer untuk kestabilan bekalan kuasa.
Ujian sistem pembumian (earthing), monitoring voltan, dan diagnosis masalah elektrik.
Pemasangan meter single fasa dan three fasa untuk premis komersial dan industri.
Servis panel elektrik dan kalibrasi peralatan ukuran untuk pastikan bacaan dan operasi tepat.
Instalasi dan penyelenggaraan lampu jalan LED serta sistem lampu jalan solar.
Servis berkala, penyelenggaraan dan pembaikan generator set — kapasiti 300kVA hingga 2000kVA.
Penyelenggaraan aircond, ducted aircond, freezer, dan air machine.
Kerja civil sokongan untuk instalasi elektrik — asas panel, trenching kabel, dan struktur berkaitan.
Pelupusan minyak hitam & filter terpakai daripada servis genset, dihantar mengikut prosedur ke Jabatan Alam Sekitar (DOE).
Servis visiting chargeman bulanan — A4 / BO 33kV, untuk pematuhan Suruhanjaya Tenaga secara berterusan.
Penyediaan dan endorsement Single Line Diagram (PW4) untuk pematuhan Suruhanjaya Tenaga.
Permit-to-work, HIRARC, laporan teknikal, WCR, dan permohonan TNB.
Menyediakan servis bekalan dan penyelenggaraan yang tepat serta konsisten untuk pelanggan sektor kerajaan dan swasta, dengan integriti dalam setiap kerja yang diambil.
Menjadi kontraktor bekalan dan servis pilihan utama di Malaysia, membina reputasi melalui kerja keras dan kualiti yang tidak berkompromi.
Contoh skop kerja sebenar yang dijalankan, disusun mengikut status semasa.